kurus tanpa senaman

3 Rahsia dan Cara Nak Kurus Tanpa Senaman (No. 3 Paling Unik)

Bagi mereka yang berimpian untuk menurunkan berat badan, salah satu perkara yang mereka mahu elak ialah perlu pergi gym. Sebenarnya memang terdapat cara nak kurus tanpa senaman tetapi perlu dilakukan dengan kaedah yang betul.

Sekiranya anda ingin mengetahui rahsia dan cara kurus dengan cepat, berikut adalah beberapa kaedah kurus tanpa senaman. Selamat mencuba! 

Tetapi sebelum itu…

Penyebab Berat Badan Anda Tak Turun-Turun

Banyak di antara kita puas bersenam, buat senaman tekan tubi, crunches tapi malangnya tidak juga kurus. Macam sama sahaja. Kemudian, bila dah tak nampak perubahan, ada yang give up dan kembali kepada rutin kehidupan asal.

Macam mana nak kurus ya? Apa penghalang berat badan ni nak berkurangan?

Ada yang anda buat salah ke?

Mari lihat apa 3 penyebab berat badan susah nak turun.

  1. Stress Eating

Siapa di sini suka capai coklat bila dah stress sangat? Jangan malu untuk mengaku. Tapi kalau nak tahu, inilah antara penyebab berat badan anda tak boleh turun.

Stress sahaja, makan coklat. Kadang-kadang, stress sahaja, order fast food.

Baik, boleh cuba berhenti perlahan-lahan ya?

Saranan: Cuba capai snek yang lebih sihat dan mengenyangkan bila stress. Snek yang paling mudah untuk anda yang selalu stress eating adalah buah-buahan.

  1. Binge/Boredom Eating

“Bosanlah, takde apa nak buat. Baik makan !”

Inilah namanya binge atau boredom eating iaitu makan apabila bosan. Kadangkala kuantiti makanan yang diambil itu terlalu banyak sampai boleh kenyang.

Bila bosan, anda sepatutnya mencari aktiviti nak dilakukan. Elakkan mengunyah sebagai aktiviti pilihan.

Bayangkan jika anda makan hidangan atau snek tak sihat sebelum waktu makan utama, anda akan menambah kalori bila tiba waktu makan nanti.

Kalau nak mengunyah, carilah snek yang kurang berisiko untuk menambah kalori, boleh cuba buah-buahan atau gula-gula getah.

Jika bosan, cuba aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh membuatkan anda berhenti mengunyah.


Saranan: Mulakan hobi baru atau cuba mengemas rumah. Ini boleh membuatkan anda dapat mengisi masa lapang.

  1. Tak Cukup Tidur

Bila anda kurang tidur, anda akan mengalami perubahan hormon yang mengatur rasa lapar dan selera anda. Kekurangan tidur akan mengurangkan hormon leptin dan menambah hormon ghrelin.

Hormon leptin inilah yang bertanggungjawab untuk mengurangkan selera anda. Manakala hormon ghrelin pula untuk menimbulkan rasa lapar kepada anda.

Sewaktu anda fikir untuk tidur lewat, cuba setkan di minda. Buat aktiviti yang boleh membuatkan anda penat seharian. Ini membantu anda untuk tidur awal pada pada waktu malam.

 

3 Rahsia Kurus Tanpa Senaman

  1. Buat Kerja Rumah

Ini adalah tips kurus tanpa senaman yang mudah dilakukan. Bila anda buat kerja rumah seperti mengemas, mencuci, anda akan berpeluh dan menggunakan sebahagian anggota badan anda untuk bekerja. 

Apabila anda ‘bersenam’ dalam keadaan yang santai seperti ini, anda semakin senang untuk kurus.

  1. Berkebun

Ini juga boleh dikira sebagai senaman yang tak perlu pergerakan yang banyak. Bila anda angkat pasu-pasu berat, mencakar tanah, anda sebenarnya sedang membakar kalori.

Jadi mulakan aktiviti berkebun hari ini. 

  1. Tukar Diet

Pemilihan diet makanan yang sesuai adalah penting untuk membantu anda melangsingkan badan.

Pilih makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebihkan serat dan protein untuk memenuhi keperluan harian kalori anda.

Cara Makan Yang Betul Untuk Kurus

  1. Kira Jumlah Kalori Yang Sebenar

Mesti anda sudah pernah dengar tentang tips kurus tanpa senaman ini. Tapi masalahnya, adakah anda mengamalkan tips ini dengan cara yang betul?

Cara yang sebenar adalah dengan mengambil kira berat badan dan ketinggian anda. Barulah anda boleh menganggarkan berapa banyak kalori yang anda perlukan untuk sehari.

Cara Kira Kalori Yang Betul 

Karbohidrat = Perlu didarab dengan 4 kalori setiap gram

Protein = Perlu didarab dengan 4 kalori setiap gram

Lemak = Perlu didarab dengan 9 kalori setiap gram

Sebagai contoh, satu hidangan sos cili yang mengandungi;

Karbohidrat-53g (53g x 4 = 212 kalori)

Protein-1g (1g x 4 = 4 kalori)

Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g x 4 = 64 kalori)

Jadi satu tuangan sos cili bernilai 280 kalori.

Senang bukan? Jadi mari pergi ke tips kurus tanpa senaman seterusnya.

  1. Tukar Snek Anda!

Suka diingatkan, snek yang paling berkhasiat adalah buah-buahan. Namun, tidak dinafikan buah lebih mudah rosak daripada makanan lain kerana ianya tidak diproses dengan bahan pengawet.

Tetapi ini bukanlah satu alasan untuk tidak membeli buah sebagai kudapan.

Anda boleh beli buah-buahan dalam pek kecil, jadi tidaklah anda membazir sekiranya anda tidak dapat menghabiskannya.

  1. Berus Gigi Sebelum Tidur

Tips ini sememangnya agak unik kerana kalau diikutkan secara psikologinya selepas anda berus gigi, anda tidak mahu makan lagi. Mengapa? Kerana anda tidak mahu berus gigi anda lagi sebelum masuk tidur!

Kedengaran seperti pelik tapi ada logiknya juga.

  1. Motivasikan Diri Anda

Aku boleh kurus!

Aku boleh kurus!

Aku boleh kurus!

Ya, tanamkan kata-kata motivasi ini bila anda melihat ke dalam cermin. Ini kerana, nak kurus memang mengambil masa yang lama, malah boleh melemahkan semangat. Ini tips yang amat berguna untuk anda tidak putus semangat.

  1. Beli Baju Satu Saiz Lebih Kecil

Anda boleh beli baju satu saiz lebih kecil yang boleh dipakai kemudian.

Ingatkan diri anda, “Nanti aku kurus aku boleh pakai kau. Cuma sekarang aku kena kurus dahulu”

Baju itu adalah peringatan berpanjangan untuk anda tidak berputus asa.

  1. Minum air kosong

Tanyalah mana-mana orang yang sedang berdiet, adakah air penting bagi mereka? Semestinya ya!

Banyak tips yang dikongsikan mengatakan mereka mulakan pagi mereka dengan beberapa gelas air kosong.

Tahukah anda dengan minum air, metabolisma anda akan meningkat, melancarkan perkumuhan badan dan boleh mengurangkan selera makan. Jadi tidaklah anda cari jajan sahaja.

  1. Pinggan Yang Kecil Untuk Perut Yang Kecil

Tukar saiz pinggan anda kepada yang kecil. Secara psikologinya, ia akan membuatkan keinginan anda untuk makan banyak akan berkurang. Portion makan akan kecil kerana saiz pinggan juga kecil.

  1. Kurangkan Gula

Pengambilan gula sememangnya perlu dikawal sekiranya mahu menurunkan berat badan.

Suka kopi? Bancuh tanpa gula.

Suka makan manis, kurangkan gula bila memasaknya.

Elakkan pemanis mulut yang manis.

Sememangnya ianya agak sukar. Tapi tidak mengapa hal ini tidak mustahil dan tidak sesukar yang anda fikirkan.

  1. Banyakkan Sayur Dalam Pinggan

Sayur bagus untuk menguruskan badan kerana ianya kaya dengan vitamin, antioksida, garam mineral serta membantu perut kenyang dalam masa yang lama.

  1. Suku-suku Separuh

Cara kurus tanpa senaman suku-suku separuh ini bukan mitos semata-mata.Tips ini juga disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadi apa yang ada dalam suku-suku separuh?

Suku bahagian daripada pinggan anda sepatutnya adalah nasi, mi, roti, bijiin, produk bijirin dan ubi.

Suku bahagian lagi, ikan,ayam,kekacang dan daging.

Separuh pula adalah bahagian untuk sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jadi bagaimana? Anda boleh lihatkan bagaimana dengan jaga pemakanan anda, anda juga menjaga berat badan anda.

Adakah anda mula rasa bersemangat untuk mula diet anda sendiri?

Program Kurus Fit Online Coaching (KFOC) memang sesuai untuk anda.

Mengapa?

Program ini adalah coaching online khas untuk anda yang tengah mencuba untuk menurunkan berat badan.

Semasa kursus ini akan akan ditekankan dengan:

  • Rancangan pemakanan yang lengkap (5 kali makan)
  • Kit nutrisi percuma (Malan dan malam)
  • Personal coaching di group Whatsapp
  • Ganjaran istimewa kepada peserta yang berjaya mencapai target

Masih Ragu-Ragu?

Terbukti Berhasil

Sekiranya anda mengikuti program KFOC dengan bersungguh-sungguh dan mengikut segala tunjuk ajar yang diberi, KFOC jamin berat anda akan turun sekitar 3-10 kg.

Pelan Pemakanan Lengkap Beserta Resepi

Anda akan diberikan menu makanan yang berkhasiat jadi anda tak perlu pening kepala memikirkan apa makanan yang anda perlu sediakan.

Panduan Langkah Demi Langkah

Coach KFOC akan membimbing anda daripada awal hingga akhir program sehingga anda berjaya.

Plate Rating

Coach KFOC akan memberikan ulasan dan rating menu makanan yang anda sediakan.

Emergency Plan Meal

Perlukan bantuan segera? Coach KFOC akan memb

Marilah bertukar kepada KFO

Cuba tengok transformasi peserta yang lepas!

C:\Users\User\Desktop\testi 1.jpg
C:\Users\User\Desktop\testi 2.jpg

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top
Open chat
Hai, nak kurus dengan dapatkan info dari COACH Athirah?

Jawap Ya, saya nak kurus sekarang.