kebaikan bersenam

9 Kebaikan Bersenam Yang Anda Belum Sedari

Apakah kebaikan bersenam yang kita boleh ketahui?

Ramai mengadu berat badan semakin bertambah selepas makan pelbagai hidangan pada hari raya baru-baru ini.

Malah, ramai di kalangan kita juga terpaksa work from home kerana pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara kita sekarang. 

Apabila banyak masa di rumah, maka banyak jugalah mencuba resepi makanan sehingga terlupa bersenam.

Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa faedah bersenam untuk memberikan semangat untuk anda bermula.

C:\Users\User\Desktop\bersenam.jpg

Faedah Bersenam

Bersenam dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan yang cergas. Apabila badan anda sihat, ini dapat membantu anda melakukan apa sahaja pekerjaan dengan tahap maksimum.

Maksud senaman adalah merujuk kepada aktiviti pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali dan terancang.

Ia bertujuan untuk mengekalkan atau meningkatkan komponen kecergasan fizikal.

Selain menjaga pemakanan, ramai pakar kesihatan menyarankan kita untuk memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit  3 kali seminggu untuk bersenam.

C:\Users\User\Desktop\serangan jantung.jpg

Semakin meningkat usia seseorang, maka semakin tinggi jugalah risiko untuk seseorang itu memperolehi penyakit.

Untuk bersenam, anda tak semestinya perlu ke gimnasium atau keluar berjoging di taman atau tasik. 

Ada pelbagai kaedah boleh dilakukan. Anda boleh berjalan-jalan di sekeliling rumah, melakukan kerja-kerja di rumah atau bertukang.

9 Kebaikan Senaman

1. Menjaga Berat Badan

C:\Users\User\Desktop\obesiti.jpg

Dengan senaman, anda dapat mencegah lebihan berat badan yang diperolehi daripada makan atau melakukan kerja yang tidak mengeluarkan peluh.

Cuba peruntukkan masa dalam sehari dan seminggu supaya banyak kalori dalam badan dapat dibakar.

2. Membantu Meningkatkan Fokus

Kebaikan bersenam yang kedua pula adalah, dapat melancarkan perjalanan darah ke otak, sekaligus dapat meningkatkan konsentrasi.

3. Meningkatkan Kesihatan Otak

C:\Users\User\Desktop\kesihatan otak.jpg

Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa faedah senaman mampu menghalang atau melambatkan permulaan kepada penyakit nyanyuk (Alzheimer).

Konsistensi melakukan senaman juga dapat membantu seseorang untuk mengurangkan risiko kemurungan dan  meningkatkan daya ingatan terutamanya dalam pembelajaran.

Sehingga kini, saintis bersetuju bahawa senaman dapat meningkatkan peredaran darah ke otak, menggalakkan pertumbuhan salur darah baru dan sel otak baru.

Malah kebaikan senaman juga membantu merangsangkan pertumbuhan neuron dan mengelakkan  proses kemerosotan sel otak.

4. Membantutkan Pertumbuhan Sel Lemak

Sumber utama tenaga bagi badan adalah karbohidrat dan lemak.

Jika anda menjadikan senaman sebagai rutin harian, maka badan akan membakar lebih banyak lemak dan menukarkannya kepada sumber tenaga.

Ini juga dapat menguatkan lagi sistem kardiovaskular seseorang.

5. Meningkatkan Kualiti Hubungan Intim

Tak ramai yang tahu apabila anda kurang mood untuk melakukan hubungan intim di antara suami dan isteri adalah berkaitan dengan keletihan badan dan kekurangan aktiviti senaman.

Cuba aturkan masa pada hujung minggu untuk berjoging bersama suami atau isteri. 

Apabila anda melakukan senaman bersama pasangan, ia bukan sahaja menaikkan motivasi anda malah boleh mengeratkan hubungan.

6. Kulit Berseri Dan Sihat

C:\Users\User\Desktop\kulit sihat.jpg

Kulit kita memerlukan nutrisi secukupnya untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalannya.

Rutin bersenam dapat meningkatkan denyutan jantung. Ini dapat  melancarkan pengaliran darah serta membekalkan nutrisi yang baik kepada sel-sel kulit.

Faedah senaman yang anda boleh perolehi juga dapat mengurangkan masalah jerawat seseorang.

Ini kerana senaman dapat melancarkan pengaliran darah yang baik ke seluruh badan.

7. Menjaga Paru-Paru

Dengan bersenam, otot paru-paru dapat bergerak sekaligus dapat meningkatkan kapasiti kerja organ berkenaan.

Ia juga dapat melancarkan pengaliran udara yang masuk dan keluar daripada paru-paru.

8. Pemulihan Awal Daripada Strok

C:\Users\User\Desktop\strok.jpg

Terdapat satu kajian yang dijalankan melibatkan 300 percubaan klinikal dan hasilnya mendapati pesakit yang pulih daripada strok perlu melakukan senaman sebagai kesan efektif untuk membantu proses pemulihan.

Selain mengelakkan kebergantungan terhadap ubat, senaman di kalangan pesakit strok juga dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, mengurangkan kemurungan, mengekalkan mood dan menjadikan mereka lebih bertenaga.

9. Mengurangkan Kadar Gula Dalam Darah

Dengan bersenam, ia dapat melancarkan otot untuk mengambil glukosa dalam darah dan menukarkannya kepada tenaga.

Aktiviti seperti ini dapat mengelakkan seseorang daripada menghidap penyakit diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan bersenam untuk tubuh badan kita.

Apa yang penting adalah kita terus komited dan rajin untuk bersenam. Seseorang yang sudah lama tidak bersenam mungkin sukar untuk bersenam semula.

Disebabkan itulah anda memerlukan banduan pakar profesional atau jurulatih untuk melatih anda untuk menurunkan berat badan dengan selamat dan berkesan. Barulah kebaikan bersenam itu boleh terasa!

Program Kurus Fit Online Coaching (KFOC) daripada Ezykurus adalah sebuah program coaching online khusus untuk anda yang ingin menurunkan berat badan sebanyak 3 hingga 10 kg dalam masa 1 bulan.

C:\Users\User\Desktop\kfoc.PNG

Program ini merangkumi:

  • Rancangan pemakanan lengkap (untuk 5 kali makan)
  • Kit nutrisi percuma (pagi dan malam)
  • Personal coaching di dalam group Whatsapp
  • Ganjaran istimewa kepada peserta yang berjaya mencapai target.

Kenapa Anda Perlu Menyertai KFOC?

  1. Terbukti Berhasil

Sekiranya anda mengikuti program KFOC dengan bersungguh-sungguh dan mengikut segala tunjuk ajar yang diberi, KFOC jamin berat anda akan turun sekitar 3-10 kg.

  1. Pelan Pemakanan Lengkap Beserta Resepi

Anda akan diberikan menu makanan yang berkhasiat jadi anda tak perlu pening kepala memikirkan apa makanan yang anda perlu sediakan.

  1. Panduan Langkah Demi Langkah

Coach KFOC akan membimbing anda daripada awal hingga akhir program sehingga anda berjaya.

  1. Plate Rating

Coach KFOC akan memberikan ulasan dan rating menu makanan yang anda sediakan.

  1. Emergency Plan Meal

Perlukan bantuan segera? Coach KFOC akan memberikan meal plan emergency untuk bantu anda turun berat badan dengan selamat.

Berikut adalah beberapa testimoni peserta KFOC:

C:\Users\User\Desktop\testi 1.jpg

C:\Users\User\Desktop\testi 2.jpg


Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top
Open chat
Hai, nak kurus dengan dapatkan info dari COACH Athirah?

Jawap Ya, saya nak kurus sekarang.