tips diet

9 Tips Diet Kalori Berkesan Dan Cepat

Belek cermin, nampak dagu berlapis. Ini tak boleh jadi! Sebelum dapat gelaran pipi pau, jom cuba tengok tips diet ni.

Silap-silap boleh kurang 10 kg sebulan.

Jom cuba try!

Strategi Tips Diet Kalori Berkesan dan Cepat

Bila ada yang mula tegur berisi, mulalah kita tercari-cari cara yang paling berkesan dan cepat untuk menghilangkan lemak badan.

Banyak tips diet yang kita boleh cuba, namun ianya terpulang kepada kesungguhan kita untuk melakukan tips-tips yang diberikan.

Mari kita lihat strategi diet yang cepat dan berkesan yang boleh kita cuba di bawah.

1. “Aku nak kurus, AKU NAK KURUS!”

Benda yang paling penting untuk kita mulakan sesuatu perkara adalah cara kita berfikir. Pastikan kita berfikiran positif dan bersungguh-sungguh untuk menurunkan berat badan

Kalau kita membuat keputusan untuk memulakan diet pada hari ini, mulakan terus. Jangan tunggu hari esok, lusa atau minggu depan! Nanti diet tak jalan! 

Lebih elok jika kita ada matlamat tetap yang ingin kita capai dalam tempoh beberapa bulan. Dengan cara ini, kita tidak akan berputus asa selagi matlamat kita tidak tercapai.

 2. Makanan Mana Lebih Banyak Kalori

Makanan merupakan aspek paling penting dalam diet seharian kita. Kalau kita diet dan bersenam semata-mata tanpa menjaga pemakanan kita, diet kita mungkin tidak akan berkesan.

Antara salah satu cara untuk kita mengawal cara pemakanan adalah dengan mengira kalori makanan. Setiap orang mempunyai keperluan kalori yang berbeza.

Jika badan anda memerlukan sebanyak 1400 kalori sehari, jangan makan melebihi 2500 kalori untuk hari tersebut. Ambil kalori yang diperlukan badan anda sahaja. Senang kan!

3. Makan Sikit Tetapi Kerap

Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan langsung! Antara salah satu cara untuk kekal kenyang tanpa terlebih makan adalah dengan makan sikit-sikit tetapi banyak kali.

Pastikan anda makan makanan yang berserat tinggi bagi mengelakkan anda cepat lapar. Simpan biskut atau buah di dalam beg tangan anda jika perlu untuk snek.

4. Berhenti Binge Eating

Pernah tak bila dah jaga makan pada waktu siang, tapi sampai je malam terus makan macam macam sebab lapar dan craving. Inilah yang dinamakan binge eating.

Ini adalah perkara yang penting untuk anda elakkan semasa diet. Sia-sia je diet kita bila kita dah usaha jaga makan tapi akhir sekali layan makan makanan yang kita suka.

 5. Jangan Minum Air Manis dan Makanan Manis

Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi perlu dielakkan dengan kadar segera. 

Ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan berat badan, kita juga dapat jaga kesihatan tubuh badan. 

6. Pilih Yang Rendah Lemak

Sama seperti pengambilan kalori, kita juga harus menjaga pengambilan lemak dalam sajian makanan harian kita. 

Semak kandungan lemak dalam sesuatu makanan supaya anda akan lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan. Selalunya, anda boleh mengetahui kandungan lemak pada label pembungkusan makanan.

7. Banyakkan Buah Dalam Diet

Salah satu cara yang berkesan dalam menurunkan berat badan adalah dengan mengambil buah-buahan yang berserat tinggi.

Di antara buah-buahan yang mengandungi serat yang tinggi adalah pisang, betik, mangga, dan lain-lain. Buah-buahan ini juga membekalkan nutrien dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

8. Banyakkan Minum Air Kosong

Selalu kita dengar yang kita perlukan 8 gelas air sehari untuk sihat dan mengelakkan dehidrasi. Tahukah anda, air kosong yang mencukupi juga dapat membantu menurunkan berat badan.

Namun, mesti ada yang mengeluh:

“Leceh la nanti kena ulang alik ke tandas je bila minum air banyak”. 

Sebenarnya, ianya tidak menyusahkan sekiranya kita ingin menurunkan berat badan.

Amalkan sikap bawa botol berisi air kosong ke mana sahaja kita pergi. Takdelah nanti susah nak cari air. Dengan cara ini, kita akan selalu ingat untuk minum air.

9. Banyakkan Berjalan dan Berjogging

Selain pemakanan, bersenam juga adalah salah satu aspek penting jika kita mahu mengurangkan berat badan.

Anda wajib bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Jangan risau! Kalau korang tak suka jogging, banyak lagi aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh seperti zumba dan skipping. Salah satu cara mudah ialah dengan banyakkan berjalan. 

Kesimpulannya, tak susah pun untuk kita menguruskan badan asalkan kita terus konsisten dan bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat kita.

Kalau kita ikut tips diet kalori seperti di atas, tak perlu susah-susah berlapar pun untuk kuruskan badan tau! Dengan cara yang betul, kita boleh mendapatkan berat badan yang kita idam-idamkan secara sihat.

Bagi mereka yang memerlukan bimbingan dan tips diet sihat untuk mengurangkan berat badan, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Kurus Fit Online Coaching (KFOC).

Kurus Fit Online Coaching (KFOC) ni adalah sebuah program yang dibuat 100% melalui Whatsapp bagi membantu peserta dapatkan berat ideal masing-masing.

KFOC menawarkan program ini dengan yuran komitmen serendah RM370. Sudah lebih 1000 peserta yang menyertai program ini dan telah berjaya dapatkan berat ideal mereka.

Program ini bukan sahaja memberikan tips diet seimbang kepada peserta mereka, ada beberapa kelebihan yang anda boleh dapat melalui program ini.

Antaranya ialah:

  1. 3 -10 kg di jamin turun jika mengikuti program ini.
  2. Meal plan lengkap beserta resipi akan diberikan kepada peserta. 
  3. Peserta akan di guide satu persatu dari awal sampai akhir.
  4. Meal plan emergency akan disediakan bagi mereka yang outstation.

Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat tips-tips diet kalori yang berkesan dan juga cepat untuk menurunkan berat badan. Tapi jangan risau, ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda!

Klik Sini Untuk Kurus Dengan Bergaya!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top
Open chat
Hai, nak kurus dengan dapatkan info dari COACH Athirah?

Jawap Ya, saya nak kurus sekarang.